SELEPAS berkongsi gambar hari bahagia, penyanyi Sabronzo tampil berkongsi rasa syukur kini bergelar isteri kepada Ryan Fieret.
Secara ringkas, Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 30, turut mengucapkan penghargaan atas sokongan serta doa yang diterima.
“Terima kasih atas segala perhatian dan ucapan sempena pernikahan saya ini.
Sabronzo mengesahkan dia kini isteri kepada Ryan.
“Saya dan keluarga sangat tersentuh dengan sokongan dan doa yang diberikan, terutama kepada semua yang mengikuti perjalanan kisah hubungan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Sabronzo sebelum ini memuat naik gambar majlis perkahwinannya bersama Ryan sekali gus mengesahkan khabar angin dia sudah berumah tangga.
Difahamkan majlis resepsi itu berlangsung di Bali, Indonesia pada 25 September lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sabronzo sah isteri kepada anggota utama kumpulan Dash Berlin
ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, Sabronzo Dolla didakwa sudah berkahwin
Sabronzo dan Ryan bernikah dua minggu sebelum mereka di raikan dalam majlis berkenaan.
Kemeriahan acara di Bali itu turut dikongsi beberapa rakan selebriti lain termasuk anggota Dolla sendiri.
Hubungan Sabronzo dengan Ryan mula dihidu peminat sekitar Mei lalu selepas dilihat saling berbalas komen di media sosial.
Sabronzo mengadakan majlis resepsi di Bali, Indonesia.
Mereka dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara sekitar awal tahun 2024.
Ryan merupakan seorang DJ asal Belanda yang juga salah seorang anggota kumpulan Dash Berlin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube