KERAP menonton kartun popular Jepun, Doraemon, penyanyi Syasya Rizal memberitahu kisah yang dipaparkan banyak memberi inspirasi buatnya ketika dia masih dibangku sekolah.
Kata Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, karakter-karakter dalam animasi itu menjadi pencetus semangat untuk dia bekerja keras demi mencapai impiannya.
“Cerita itu buat saya fikir bila besar nanti, saya kena kerja kuat supaya boleh beli apa yang saya nak dengan duit sendiri.
Doraemon banyak beri inspirasi buat Syasya.
"Masa kecil saya juga selalu berdoa agar suatu hari nanti dapat melancong ke mana-mana macam Nobita guna pintu ke mana sahaja,” katanya.
Syasya berrkongsi perkara itu dalam satu video di laman TikTok pada Selasa menjawab persoalan peminat tentang obsesinya terhadap cerita berkenaan.
Dia juga meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk mengembara seperti karakter Nobita tercapai.
Lebih menarik perhatian netizen apabila Syasya turut berkongsi satu doa ‘unik’ yang akhirnya menjadi kenyataan, iaitu ingin berkahwin dengan lelaki berwajah seperti Nobita yang merupakan watak utama dalam siri animasi berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan anak kembar, Syasya Rizal belum tahu gender bayi kedua
ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa takut sentiasa ada” - Syasya kongsi perjalanan jadi ibu usia muda
“Tapi betullah orang kata, manusia memang cepat lupa. Bila fikir balik, Allah dah makbulkan banyak sangat doa-doa saya.
"Doa saya yang paling Allah makbulkan adalah saya nak suami saya muka macam Nobita," ujarnya.
Menurut penyanyi ini menonton kartun Doraemon sudah menjadi rutin yang tidak pernah ditinggalkan sejak zaman persekolahan.
Doa saya yang paling Allah makbulkan adalah saya nak suami saya muka macam Nobita.
SYASYA RIZAL
PENYANYI
Dalam video tersebut Syasya turut melakukan solekan seperti gadis Jepun sebagai inspirasi kisah kartun kesukaannya.
“Sejak kecil lagi, setiap kali balik sekolah saya mesti buka televisyen dan tengok Doraemon. Hidup saya biasa sahaja, dibesarkan oleh nenek dan kami tinggal di rumah flat.
"Kadang-kadang terfikir juga kenapa hidup saya tak macam orang lain, tapi Doraemon beri saya banyak inspirasi,” luahnya.
Syasya sagat meminati kartun Doraemon sejak kecil.
Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia 10 bulan.
Lebih menggembirakan, Syasya juga kini sedang hamil anak kedua, seperti diumumkannya pada September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube