suria

Nadzmi Adhwa dedah keluarga dalam bahaya, mengaku sedang diperhati tali barut Israel… “Mereka ada ejen di sini”

Nadzmi dakwa dia dan anak-anak diperhatikan.

SUSULAN pendedahan ahli keluarganya sedang diperhatikan oleh golongan dilabel sebagai tali barut kepada Israel yang berada di Malaysia, pelakon Nadzmi Adhwa kini mengambil langkah berjaga-jaga serta meningkatkan keselamatan. 

Nadzmi ketika dihubungi mStar berkata, dia mengaku sedikit cuak apabila pergerakan dia dan anak-anak sedang diperhatikan, namun percaya ahli keluarganya akan berada dalam keadaan selamat.

"Saya dalam keadaan berjaga-jaga. Kadang ada rasa pelik (sedang diperhati) dan mengambil langkah tidak beritahu keberadaan saya di mana.

Nadzmi memberitahu tentera Israel ugut Ardell guna sentimen anak-anak.

"Saya paling risau keselamatan anak-anak sebab mereka ugut Ardell ketika dalam tahanan. 

“Mereka ada ejen di sini yang mungkin kita tak tahu. Harap tiada apa-apa, tapi sekarang ini saya tingkatkan keselamatan anak-anak," katanya.

Ditanya adakah dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu, Nadzmi memberitahu, setakat ini tiada laporan dibuat kerana berada dalam keadaan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tisu bahu Ardell koyak, suami minta henti sebar gambar bukan-bukan

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa ‘naik hantu’, dakwa isteri ditumbuk dan dikasari sewaktu dalam tahanan… “Rupanya di hospital sekarang”

“Belum buat laporan lagi sebab polis memang menjaga kami sekarang. Cuma kalau berlaku kejadian yang tidak diingini saya akan maklumkan pada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),” katanya.

Menurut Nadzmi, tentera Israel ada mengugut Ardell apabila mengetahui segala informasi berkaitan anak-anak mereka.

"Memang tentera Israel ugut Ardell dekat sana. Mereka tahu siapa Ardell, termasuk ugut menggunakan sentimen anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, Nadzmi turut berkongsi secara langsung menerusi siaran TikTok mengenai penderitaan dialami Ardell ketika berada dalam tahanan. 

Dia menyifatkan layanan yang diterima isterinya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ardell dijangka tiba di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

"Pergerakan sedang diperhatikan. Saya nak bergerak ke mana-mana pun susah sekarang ni. Tak boleh gerak pergi mana-mana.

"Ada juga orang Malaysia yang sanggup menjadi tali barut. Teruk isteri saya kena, teruk sangat-sangat. Apa sahaja yang mereka nak daripada isteri saya?

"Sampai bahu dia koyak, muntah-muntah, kena tumbuk, heret, tarik rambut, tarik tudung… dan mereka tahu siapa Ardell. Mereka tahu siapa suami dan anak-anak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain