suria

Penampilan Amyza Aznan curi perhatian, tampil imej berhijab

Amyza Aznan, Amyza berhijab, penampilan baru Amyza, Amyza pakai tudung, Amyza doa istiqamah

PENAMPILAN baharu pelakon Amyza Adnan menarik perhatian ramai apabila aktres itu dilihat berkongsi foto sudah berhijab. 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Amyza, 48, tampil sopan ketika menggayakan tudung rona tanah. 

Tanpa sebarang kapsyen, pelakon drama Andai Tiada Dia itu hanya meletakkan tanda sempang (-) dengan menggunakan lagu Antara Hujan & Airmata nyanyian Saleem sebagai muzik latar. 

Amyza sedang berada di dalam fasa untuk menutup aurat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Amyza dan mendoakan agar dirinya kekal istiqamah. 

"Masya-Allah cantiknya, semoga istiqamah ya kak. 

"Alhamdulillah, semoga Allah merahmati dan melindungi kamu kakak. Manis sangat," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan ‘berperang’ lawan kanser, anak Amyza Aznan sudah melepasi fasa kritikal

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias datang beri semangat buat Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad

Sementara itu, pengurus Amyza dikenali Fasyam ketika dihubungi mStar berkata, pelakon berkenaan sudah berniat untuk berhijab dan masih mencuba untuk ke arah menutup aurat. 

Kata Fasyam, dia memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan Amyza dipermudahkan dan kekal istiqamah. 

"Perkongsian itu anggap sebagai percubaan dulu sebab dia (Amyza) masih dalam penggambaran yang tidak berhijab. 

"Tapi dia memang sudah ke arah itu (menutup aurat), insya-Allah doakan moga istiqamah ya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain