suria

“Pastikan yang menang berkualiti” - Sharnaaz Ahmad harap juri tak terpengaruh kejayaan luar negara

Sharnaaz bersyukur tercalon dalam FFM34.

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengharapkan penjurian yang terbaik bagi mengangkat karya berkualiti bagi penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34). 

Bagi Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, penjurian di peringkat kebangsaan itu tidak harus dipengaruhi dengan pencapaian yang pernah dicapai sesebuah karya di luar negara. 

“Satu sahaja harapan saya di FFM34 ini, jangan sibuk kalau orang itu dah menang di luar negara, kita nak bagi menang di sini. 

Sharnaaz turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik. 

“Usahakan untuk tanah air kita punya filem. Pastikan yang menang berkualiti,” katanya kepada mStar. 

Sharnaaz ditemui ketika Majlis Perasmian dan Pengumuman Top 5 FFM34 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin. 

Dalam edisi kali ini Sharnaaz tercalon untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Blood Brothers: Bara Naga raih 13 pencalonan di FFM34 

ARTIKEL BERKAITAN: FFM34 iktiraf filem genre aksi, pemenang bakal bawa pulang RM5,000

Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu juga mendapat pencalonan terbanyak dengan jumlah 13 pencalonan dalam 11 kategori. 

Bagi pengarah Syafiq Yusof, FFM34 juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila dua filem arahannya juga tercalon. 

Bersyukur karyanya disenaraikan, Syafiq mengaku menaruh harapan agar ada rezeki buatnya kali ini. 

Usahakan untuk tanah air kita punya filem

SHARNAAZ AHMAD 

PELAKON 

“Kali pertama tercalon FFM saya menang kategori Pengarah Harapan, selepas itu tak menang kategori pengarah. 

“Semestinya saya harap kali ini menang. Tetapi jika tidak saya cuba tahun depan,” luahnya. 

Selain filem Blood Brothers, Syafiq juga tercalon sebagai Pengarah Terbaik untuk filem Soloz: Game Of Life. 

Dua filem arahan Syafiq (kiri) tercalon untuk FFM34. 

FFM34 bakal berlangsung pada 1 November di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur dan di siarkan di saluran TV2.

Sementara itu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menganjurkan Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sebagai program sisipan FFM34.

Mereka yang terlibat ialah Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Datuk Rahim Razali serta Othman Hafsham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain