suria

[V] Netizen ‘ship’ Auddra, Hadie... Anak Sharifah Shahirah balas dengan selamba!

PESERTA program realiti Talk To My Manager (TTMM), Auddra yang juga anak kepada penyampai radio dan pelakon terkenal Sharifah Shahirah tampil menjelaskan dakwaan wujudnya hubungan istimewa antara dia dengan peserta lelaki.  

Kata Auddra atau Auddra Zulkifli, 16, hubungan dia dan Hadie yang juga anak kepada penyanyi Ina Naim hanyalah sekadar kawan biasa walaupun ramai peminat seakan-akan mahu menjodohkan mereka. 

“Semua orang yang suka kenenkan saya dengan Hadie atau Ammar (anak Ameng Spring), sebenarnya kelakar bagi saya. 

Auddra menggangap hubungan akrab mereka sebagai sebuah persahabatan di TTMM.

“Kami ini masih muda lagi, belum fikir pun soal cinta.Odah berkawan saja dengan semua orang. Tak ada cinta-cinta pun,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Auddra mengakui pada awalnya dia terkejut dengan perhatian yang diberikan oleh netizen, namun lama-kelamaan memahami bahawa semuanya hanyalah untuk hiburan semata-mata.

“Saya sebenarnya tak kisah. Kalau orang suka tengok saya dengan Hadie, okay saja. Orang suka tengok saya dengan Ammar pun saya okay. 

ARTIKEL BERKAITAN: Auddra ‘kebal’ hadap kecaman netizen, Sharifah Sakinah yakin anak saudara boleh pergi jauh

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘kenenkan’ Hadie, Audra... Ina Naim titip pesan pada anak - “Saya percaya dia”

“Mula-mula dulu terkejut juga, macam kenapa pula dengan Hadie? Tapi lama-lama sudah terbiasa. Kami pun faham benda ini sekadar hiburan, jadi kami layan saja,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Auddra tidak kisah jika ada video suntingan atau komen lucu yang mengaitkan dirinya dengan peserta lelaki lain kerana semuanya bersifat suka-suka dan tidak perlu diperbesarkan.

“Semua itu sekadar main-main saja. Lagipun ramai suka tengok benda macam itu, jadi saya layanlah. Kadang-kadang saya buat lawak dengan Hadie, begitu juga dengan Ammar.

Hadie dikatakan berkawan baik dengan Auddra.

“Kami pun kadang-kadang tengok balik video itu, gelak sama-sama. Macam, apa benda ni sebab ada yang ulang-ulang edit video sama. Jadi kami anggap itu semua gurauan,” katanya. 

Sebelum ini, Auddra sering mencuri perhatian apabila kerap dipadankan oleh netizen dengan dua peserta lelaki TTMM iaitu Hadie dan Ammar. 

Rata-rata menganggap mereka Auddra cukup serasi setiap kali bersiaran langsung di TikTok dengan Hadie atau Ammar. 

Gelagat mesra dan gurauan spontan antara mereka sering dijadikan bahan usikan peminat yang menyangka wujud hubungan istimewa antara mereka dalam program tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain