suria

Ammar Ahyan dapat kereta Porsche, senang untuk ke kolej... Aliff Syukri nasihat jangan riyak

Ammar teruja terima kejutan daripada ibu bapanya.

BAGI memudahkan urusan harian, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri menghadiahkan kereta jenama Porsche 718 Cayman berwarna hitam buat anak sulung mereka iaitu Ammar Ahyan.

Menurut Datin Seri Nur Shahida, pemberian kereta mewah dianggarakan kira-kira RM350,000 itu juga dianggap sebagai satu hadiah selepas anaknya itu meningkat dewasa.

"Mama dan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan. Dia pun sudah besar dah ada lesen memandu. Senang dia nak pergi kolej.

Ammar teruja dengan kereta pertamanya.

"Ammar ni tak meminta kereta apa, dia kata janji ada kereta dah cukup," katanya.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Kata Shahida, dia  tumpang bahagia melihat reaksi anaknya yang penuh gembira selepas melihat kereta berkenaan di perkarangan rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan mahu jadi pelakon aksi, terinspirasi dengan Sharnaaz Ahmad… Dipaksa menyanyi kerana arahan bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan terima puluhan tawaran reviu, sekali ‘post’ boleh cecah RM10,000

Menerusi video yang dikongsikan, dapat lihat Ammar tersenyum lebar selain melompat kerana kegembiraan.

"Patut sampai awal kereta ini tapi delay sikit, jadi mama dengan papa tahu hari ini sampai tapi sebab nak kejutakan Ammar kita rahsiakan.

"Nampak dia terkejut bila nampak kereta baru. Insya-Allah ada rezeki untuk anak-anak mama yang lain bila sampai masanya," luahnya.

Percubaan Ammar memandu kereta baharunya.

Dalam pada itu, dia juga turut menitip pesan agar anaknya tidak lalai dengan nikmat dunia selain sentiasa merendah diri dengan apa jua kemewahan yang dimiliki.

"Untuk Ammar Ahyan mama dengan papa nak pesan, dah ada kereta ini jangan lupa diri, solat jangan tinggal, jangan risak dan sentiasa tunduk ke bumi.

"Ingat Allah boleh tarik bila bila masa saja jika hambanya tidak bersyukur," pesannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain