PELAWAK dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu meluahkan rasa simpati terhadap anak perempuannya, Thalita, yang terpaksa menjalani latihan bagi acara Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) walaupun kesihatan masih belum pulih sepenuhnya.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, Thalita baru sahaja sembuh daripada jangkitan influenza dan masih mengalami kesukaran bernafas serta masalah suara.
"Maafkan daddy (panggilan Shuib) letakkan awak dalam situasi begini di usia yang masih terlalu muda.
Tahlita berlatih sebaik sahaja pulih.
"Suara masih lagi crack dan dada sempit, susah untuk bernafas," katanya.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan Thalita sedang menjalani latihan bersama guru vokal, Cikgu Shafi.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Cikgu Shafi beberapa kali mengusap dada dan belakang badan Thalita kerana masalah suara yang dihadapinya semasa latihan.
ARTIKEL BERKAITAN: Talk To My Manager tambah seminggu lagi, Thalita dikuarantin kerana influenza
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa ‘tak rileks’ terima teguran, Ina Naim akui kesilapan… Minta jangan kaitkan dengan kisah silam
Dalam pada itu, Shuib turut menitipkan kata-kata semangat buat anaknya agar terus kuat berdepan ujian yang datang, walaupun ada pihak yang mempertikaikan segala usaha mereka.
Malah dia juga menasihatkan agar Tahlita percaya dengan segala rezeki yang sudah tertulis buat dirinya.
"Insya-Allah sabar sayang, dugaan untuk kita. Biar apa orang nak cakap, asal kita tahu apa yang kita buat.
Shuib dan Thalita bakal beraksi di Grand Finale TTMM.
"Rezeki Allah dah pun tetapkan, kita usaha dan tawakal Thalita. Cuma percaya pada proses, perjalanan kita jauh lagi.
"Semoga yang baik-baik untuk kita dan semua. Daddy selalu ada sampai daddy tutup mata. Awak boleh buat!," kongsinya.
Sebelum ini, nama Shuib dan Thalita menjadi perbualan hangat susulan rata-rata penonton TTMM tidak berpuas hati apabila anak beranak ini berjaya ke Grand Finale walaupun tidak beraksi di pentas akhir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube