suria

Aisar Khaled teringin sertai misi kemanusiaan GSF

Aisar kekal boikot produk dari Israel.

PELAKON dan pempengaruh, Aisar Khaled meluahkan rasa bangga terhadap usaha 23 aktivis Malaysia yang mengambil bahagian dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang bertujuan membantu rakyat Gaza.

Aisar, 25, juga memasang impian agar suatu hari nanti diberikan rezeki untuk turut serta dalam misi berkenaan.

“Bila melihat GSF, orang Malaysia sangat berani membuka mata dunia. 

Aisar ketika memelik Haroqs iaitu salah seorang aktivis GSF yang juga rakan baiknya.

"Insya-Allah, jika ada rezeki, mungkin saya pula berpeluang ke sana,” katanya kepada mStar.

Sebagai seorang pempengaruh, Aisar percaya peranan yang boleh dimainkan bukan sahaja melalui kehadiran fizikal, malah dengan menyebarkan mesej dan kesedaran kepada orang ramai.

Malah, Aisar turut berkongsi pendiriannya untuk sama-sama memboikot produk Israel dalam kalangan umat Islam.

“Mungkin apa yang saya boleh buat sebagai influencer ialah beri pesanan bagaimana untuk membuat mereka yang tidak suka dengan kita rasa gentar. 

ARTIKEL BERKAITAN:Haneesya Hanee tak kisah dikecam kerana kesilapan lalu, akui sudah berubah...“Saya bukan lagi budak 18 tahun itu”

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah terdetik mahu balas dendam, Haneesya Hanee terkilan terima layanan double standard... “Ada selebriti dipuja ramai orang pergi kelab juga”

"Sebagai contoh, kita boleh boikot produk Israel dan teruskan input positif.

“Saya sendiri sudah lama tidak makan produk Israel dan mula meninggalkannya sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Tambah Aisar, dia berharap misi GSF akan menjadi lebih besar dan meluas supaya kapal-kapal kemanusiaan Malaysia dapat berjaya sampai ke Gaza dan membantu mereka yang memerlukan.

“Saya harap GSF makin besar dan luas, insya-Allah suatu hari nanti kapal kita berjaya ke sana dan dapat bantu mereka,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain