suria

“Saya kecewa kalau kerja dihasilkan tidak ditonton” - Eman Manan

Eman masih rasa dirinya belum cukup bagus sebagai seorang pelakon.

PELAKON Eman Manan mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya dalam dunia lakonan meskipun sudah lebih empat dekad berkecimpung dalam industri seni.

Menurut Eman atau Abdul Manan Embong, 67, sikap merendah diri menjadi dorongan utama untuk terus memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa.

“Saya sentiasa rasa bukan seorang pelakon yang bagus.

Eman sentiasa mahu perbaiki mutu lakonannya.

"Apabila ada perasaan begitu saya rasa untung sebab nak terus memperbaiki mutu lakonan. Ia seperti usia saya yang makin bertambah ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Eman memberitahu, kerjaya lakonan bukan sekadar menghafal dialog, sebaliknya satu bentuk interpretasi mendalam terhadap naskhah dan watak yang dibawakan.

Malah Eman turut mengakui akan berasa kecewa sekiranya karya lakonannya tidak mendapat perhatian atau ditonton oleh khalayak.

“Saya melihat lakonan itu satu interpretasi, jadi untuk terjemahkan sesuatu naskhah saya memerlukan kefahaman yang mendalam.

ARTIKEL BERKAITAN:Fokus buat filem terbaik, Eman Manan tak ambil tahu isu ‘kartel’

ARTIKEL BERKAITAN:Eman Manan Baca Tiga Kali Novel 'Srengenge' Untuk Watak Awang Cik Teh

“Saya agak kecewa kalau kerja saya tidak ditonton. Jadi untuk pastikan penonton puas dengan setiap hasil, saya mesti berikan mutu lakonan yang terbaik,” ujarnya.

Walaupun sudah lama bertapak dalam industri seni, dedikasi Eman terhadap seni lakonan tidak pernah luntur. 

Pelakon itu terus mencari ruang untuk memperhalusi setiap watak agar mampu meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain