suria

Bukti persahabatan dua negara... Biar Gambar Bicara satukan Azharina, Nana Karia

Azharina dan Nana tampil dengan single terbaharu berjudul Biar Gambar Bicara. 

DUA bintang dari negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan artis serba boleh Singapura, Nana Karia tampil dengan kolaborasi terbaharu berjudul Biar Gambar Bicara. 

Karya yang menggabungkan elemen pop kontemporari, jazz dan soul itu nyata menonjolkan vokal serta identiti kedua-dua penyanyi berbakat besar ini.

Kerjasama ini bukan sekadar mempertemukan dua suara hebat, malah mengangkat perjalanan persahabatan panjang yang terjalin sejak beberapa tahun lalu. 

Azharina berkata, walaupun mereka sudah saling mengenali sejak 2016, namun perbincangan serius mengenai penghasilan sebuah lagu duet hanya bermula pada penghujung 2023.

Azharina dan Nana sudah hampir sembilan tahun berkawan baik. 

“Bila Nana cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasa ada sesuatu yang kuat dalam lagu ini. Bila saya dengar demo lagu ini, saya terus jatuh cinta.

"Rasa macam lagu ini memang ditulis untuk saya. Kami kali pertama bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan daripada situ semuanya berjalan dengan lancar,” katanya. 

Tambah Azharina, dia dan Nana memasuki studio rakaman di Kuala Lumpur pada bulan April tahun lalu dan berjaya mencipta kerasian dengan mudah. 

Lebih menarik lagi, muzik video rasmi dirakam di lokasi yang penuh mewah iaitu di Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan menambahkan elemen dramatik serta elegan kepada visual lagu Biar Gambar Berbicara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak layak jadi wakil rakyat, Azharina sekadar tegur demi masa depan Sabah... Minta basmi pendatang asing

ARTIKEL BERKAITAN: Azharina pernah terima tawaran sertai politik, berani bersuara perjuang hak…. ‘BASS’ jadi inspirasi bantu rakyat

Sementara itu, Nana Karia berkata, lagu tersebut bukan sekadar kolaborasi biasa, sebaliknya mencerminkan keyakinan dan semangat persahabatan. 

“Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah akhirnya dapat bersatu dalam studio.

"Biar Gambar Bicara merupakan lagu berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia. Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu. 

Bicara Gambar Bicara sudah boleh didengari di semua platform digital. 

"Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua,” katanya. 

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Nana manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan. Penerbitan pula digerakkan dengan gabungan tenaga kreatif Jebon Osman, Azharina serta kerjasama produksi antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.

Biar Gambar Bicara dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober lalu, dan boleh didengari di semua platform penstriman digital sejak 17 November lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain