PELAKON Janna Nick meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat pihak mempersoalkan hasratnya yang mahu memiliki cahaya mata.Bagi Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, setiap apa yang diucapkan itu adalah satu harapan selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Dini Schatzmann. “Apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari? Sibuk nak komen ‘jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.Janna bengang dengan sikap netizen yang suka joykiller.“Suka hatilah kalau aku nak post 560 kali sehari pun fasal nak anak,” luahnya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.Menurut Janna, komen-komen sebegitu boleh menghancurkan kegembiraan seseorang, namun dia akan terus meletakkan berdoa agar dikurniakan zuriat. “Kenapa manusia sekarang suka jadi joykiller. Aku nyatakan sahaja pun, bukan mengeluh. Sibuk nak beri pendapat kau yang tak penting itu. Aku tak mahu tahu!ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick jadi inspirasi buat Puteri Sarah, kini bergelar pelajar ijazah sarjana ARTIKEL BERKAITAN: Mula hidup persekitaran baharu di London, Janna Nick doa dapat baby“Kita ini rasa dah empati bila orang komen negatif. Masih lagi boleh fikir ‘mungkin dia tak gembira atau mungkin dia sedih dengan hidup dia’. Menyampah juga asyik fikir situasi dia sahaja,” luahnya.Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza sempena menyambut tahun baharu 2026, Janna sekali lagi meluahkan harapan agar dia dan Dini dikurniakan cahaya mata bersama.Janna dan Dini sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat. “Masih ada impian besar yang belum tercapai. Bukan kekayaan, kewangan atau pencapaian kerjaya, tetapi hanyalah sepasang mata, tangan dan kaki kecil untuk menemani dan melengkapkan perjalanan yang indah ini,” luahnya.Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube