PIHAK produksi program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) mengambil maklum luahan sesetengah pihak yang kurang senang terhadap Nubhan susulan isu peribadi penyanyi itu yang sedang hangat diperkatakan.Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari memberitahu pihaknya bagaimanapun tidak melihat perkara itu sebagai satu alasan yang wajar untuk memberhentikan penyertaan Nubhan meskipun berdepan desakan netizen mahu memboikot. Tegasnya, sepanjang 10 minggu terlibat dalam program GV12, penyanyi itu tidak pernah melanggar sebarang syarat pertandingan.Idlan (kanan) tegaskan Nubhan akan terus kekal bertanding. “Kami sedar keprihatinan penonton terhadap peserta, terutamanya berkaitan masalah peribadi, dan perkara itu kami ambil maklum. Namun, Nubhan tidak melanggar apa-apa peraturan atau syarat pertandingan.“Jadi, sebagai peserta dia masih layak untuk terus menyertai GV12,” katanya kepada mStar.Idlan ditemui selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.ARTIKEL BERKIATAN: “Kejam dan tidak berhati perut!"– Netizen lancar boikot, desak GV12 singkir Nubhan ARTIKEL BERKAITAN: “Kejam kamu, Nubhan” — Dr Afifah dakwa barang peribadi dicampak tanpa izin, pemberian rumah dan klinik hanya ‘content’Menurutnya, segala masalah peribadi barisan peserta atau sebarang kritikan di laman sosial adalah di luar kawalan pihak produksi.Malah, Nubhan juga tidak pernah menyuarakan hasrat untuk menamatkan persaingan di pentas berkenaan.“Reaksi penonton dan hal peribadi peserta adalah di luar kawalan produksi. Apa yang kami boleh kawal adalah memastikan persembahan terbaik dipersembahkan setiap minggu.Nubhan tetap memberi fokus yang terbaik di pentas GV12. “Setakat ini, tiada apa-apa kenyataan daripada Nubhan,” jelasnya.Pada konsert minggu ke-10, Nubhan berjaya menduduki tempat kedua selepas menyampaikan lagu berjudul Masih Aku Terasa (nyanyian asal Gersang).Ketua juri, Datuk Ramli MS turut memuji persembahan Nubhan yang disifatkan semakin baik walaupun kisah peribadinya kini hangat menjadi bualan.Luahan netizen yang mahu memboikot Nubhan. “Walaupun banyak cerita diperkatakan, perkara itu tidak menjejaskan persembahan kamu di atas pentas. Malah, kamu semakin baik,” katanya ketika memberi komen.Sejak minggu lalu, tindakan Nubhan yang mengeluarkan barangan peribadi milik bekas isteri bersama anak-anak daripada kediaman tanpa pengetahuan mereka telah mengundang rasa amarah netizen.Ramai berpendapat penyanyi itu bertindak kejam sehingga ada yang mahu memboikot program itu selain meminta Nubhan menarik diri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube