suria

Murung sebab mulut jahat orang, Jasmin Hamid dah cuba pelbagai cara untuk kurus

Jasmin berpuas hati dengan hasil pembedahan yang dilalui.

BERKONGSI perjalanan menjalani pembedahan bariatrik, pelakon Jasmin Hamid memberitahu dia pernah terkesan apabila mendapat komen yang mempersendakan tubuh badannya sebelum ini. 

Kata Jasmin, 54, sebelum nekad melakukan pembedahan itu, pelbagai usaha telah dibuat namun segalanya tidak berhasil bagi menurunkan berat badan. 

"Saya jadi murung masa badan saya gelembung sebab mulut jahat manusia yang hanya tahu komen dan hentam. 

Jasmin menunjukkan perubahan badannya selepas (kiri) menjalani pembedahan bariatrik. 

"Sudah macam-macam cara saya nak kurus dan sihat tetapi semua usaha hampa sebab metabolisme makin rendah. Jalan terakhir adalah pembedahan bariatrik," katanya. 

Jasmin berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya berserta perubahan bentuk badan sebelum dan selepas menjalani prosedur berkenaan. 

Pelakon ini juga memberitahu pada awalnya berasa takut namun bersyukur apabila segala proses yang dilalui berjalan dengan lancar dan selamat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid selamat jalani pembedahan bariatrik, doktor kesan ada lubang besar pada ulu hati 

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh makin langsing, Jasmin Hamid gembira berat badan susut hampir 10kg selepas sebulan lakukan bariatrik

"Macam-macam orang takutkan saya fasal pembedahan bariatrik ini, tetapi bila saya dah lalui sendiri, inilah prosedur yang selamat untuk kurus dan sihat. 

"Tambahan pula ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah," ujarnya. 

Jasmin dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Zarina Zainuddin yang telah memperkenalkan doktor berkenaan kepadanya. 

Jasmin menjalani pembedahan bariatrik atas nasihat doktor. 

Jasmin juga memberitahu pembedahan tersebut bagaikan memberi satu kegembiraan buatnya. 

"Terima kasih sebab buatkan saya tersenyum kembali kerana tahap kesihatan bertambah baik dan berat badan yang ideal untuk saya," luahnya. 

Jasmin selamat menjalani pembedahan tersebut pada Februari tahun lalu selepas melakukan pemeriksaan doktor dan mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain