KHUATIR dengan gejala buli yang berleluasa, pelakon Cristina Suzanne tidak membenarkan anak lelakinya iaitu Noah memasuki sekolah berasrama. Cristina atau Cristina Suzanne Stockstill, 41, berkata dia lebih rela membiarkan anaknya itu berada di sekolah harian biasa sehingga tamat tingkatan lima sebelum membenarkannya hidup berdikari. "Taknak (Noah ke sekolah asrama). Dia akan sekolah biasa sahaja sebab kalau nak betul-betul berdikari, biarlah masa yang sesuai iaitu bila habis sekolah. Cristina mahu anaknya dibesarkan dengan cara yang betul. "Ketika itu, pergilah duduk sendiri dan cari kerja sendiri. Biarlah pada masa yang betul iaitu umur 18 tahun. "Umur 14 tahun terlalu awal untuk dia urus emosi lagi," katanya kepada mStar. Cristina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis doa selamat Filem Jangkar di Metrowealth, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Jelas aktres itu, keputusan yang diambil bukanlah bermaksud dia seorang ibu yang terlalu mengawal, sebaliknya hanya mahu mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan mental anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Johor Suami Cristina Suzanne, Peminat Terkejut Tiba-Tiba NikahARTIKEL BERKAITAN: Bukan selektif tapi berhati-hati, Cristina Suzanne elak ambil watak ‘emak’"Kita bukanlah nak terlalu kawal dia sehingga jadi menyampah dengan kita, tapi untuk elakkan daripada perkara tidak diingini berlaku. "Lebih baik untuk kita cegah awal-awal," ujarnya. Tambah aktress itu, dia mengakui mudah berasa sedih apabila berbicara mengenai keluarga, lebih-lebih lagi melibatkan anak kesayangannya yang baru mencecah tujuh tahun. Katanya lagi, dia juga bakal mula menjalani sesi penggambaran bagi filem terbarunya iaitu Jangkar pada 7 April ini. Cristina akan mengutamakan anaknya dalam segala hal. "Saya akan shooting di Sarawak tidak lama lagi. Jadi memang akan tinggalkan anak dan berasa sedih. "Tapi, kalau ada cuti dua atau tiga hari, saya akan balik ke rumah untuk luangkan masa bersama dia," katanya. Untuk rekod, Christina mendirikan rumah tangga dengan Faiz Zakaria pada Mac 2018 dan hasil perkahwinan, mereka diserikan dengan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang berusia tujuh tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube