suria

“Kita ada tanggungjawab untuk buang benda salah yang dinormalisasikan dalam keluarga” - Shila Amzah

Shila mahu memberi yang terbaik dalam membesarkan anak-anak.

SEBAGAI seorang ibu, penyanyi Shila Amzah sedar tidak mudah menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak dalam era dunia masa kini.

Bagi Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, antara kebimbangan yang dihadapi ketika ini adalah apabila membaca isu semasa yang dikhuatiri boleh berlaku dalam keluarga sendiri.

"Menjadi ibu bapa zaman sekarang ini bukan perkara mudah. Dengan nak ‘break the generational trauma’, dengan ‘Asian parenting’. Dengan ada anak istimewa lagi.

Perkongsian Shila di Threads. 

"Membaca semua berita buat kita rasa takut. Lebih-lebih lagi apabila apa yang dibaca itu ada sahaja berlaku dalam keluarga terdekat.

"Kita ada tanggungjawab untuk buang benda-benda salah yang sudah lama dinormalisasikan dalam kalangan keluarga supaya anak-anak tidak terkesan dengan perkara begini," ujarnya.

Shila menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Threads miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sokong minat anak-anak, rancang hantar Rhea sekolah Cina 

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak pun berhak bahagia”... Shila Amzah terharu jadi ‘pengawas’ cinta ibu

Dia bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik isu semasa yang diperkatakan sehingga membuatkan dirinya berasa bimbang.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shila turut menyebut tentang kerisauan terhadap isu sosial semasa dan fokus untuk menghindari perkara tersebut daripada berlaku.

"Saya dan Ubai sangat terkesan dengan perkara ini sebab sudah tahu kesannya. Lagi pula ada masalah sosial lain yang kami sedia maklum.

Shila bersama suami dan anak-anaknya. 

"Yang dah dewasa memang kami tak mampu nak ubah, jadi kami cuma boleh fokus pada anak-anak," luahnya.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada Ogos 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bersama iaitu Rhea Akira, 2 tahun.

Dia juga memiliki seorang lagi anak iaitu Seth Uwais, 7, hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain