TIDAK menafikan kedua-dua anaknya mewarisi darah seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaimanapun mengakui dia kurang menggalakkan Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa mengikut jejak langkah sebagai penyanyi.Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa lebih selesa jika minat seni anak-anak hanya dijadikan hobi dan bukannya kerjaya serius pada masa depan. “Secara ikhlas saya tak berapa galakkan tapi tak boleh nafikan darah seni itu ada dalam diri mereka. Siti tidak menghalang “Ayah mereka pun lagilah tak galakkan. Cuma dah ada minat tak apa, boleh saja Aafiyah nak belajar main piano. Kalau dia nak menyanyi saja-saja, dia nyanyi je. “Bagi saya kalau minat menyanyi itu okay tapi kalau nak serius tak kot. Ayah dia tak bagi,” katanya. Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual bersama penyampai radio Radin yang dimuat naik di TikTok Era FM. ARTIKEL BERKAITAN: “Afwa tolong tutup wifi ibu” - Jawapan Siti Nurhaliza balas komen buat peminat terhibur, semakin aktif lepas tamat konsertARTIKEL BERKAITAN: “Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?” - Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhiburDalam pada itu, penyanyi lagu Anta Permana ini turut berkongsi perkembangan minat seni anak-anaknya yang jelas berbeza antara satu sama lain.Katanya, Aafiyah dilihat kurang menunjukkan minat terhadap nyanyian berbanding adiknya, Afwa yang gemar mencipta lagu secara spontan.“Tapi saya tengok Aafiyah ni jarang menyanyi. Tak sepertinya adiknya. “Adiknya sentiasa menyanyi. Afwa tu saya terkejut sangat. Ada waktu dia boleh menyanyi dengan melodi sendiri. Siti tidak mengalakkan anak-anaknya menceburi bidang seni nyanyian.“Kalau nak mandi dia buat lagu nak pergi mandi. Jadi yang banyak tunjuk minat menyanyi adalah Afwa,” ujarnya.Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada 21 Ogos 2006.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 8, dan Muhammad Afwa, 6, tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!