suria

Aqasha sebagai Hang Tuah, lengkapkan senarai pelakon utama PGL

Aqasha memenuhi kriteria sebagai Hang Tuah.

PENANTIAN tentang watak Hang Tuah dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) akhirnya terjawab apabila nama pelakon Aqasha diumumkan untuk menggalas watak berkenaan.

Penglibatan Aqasha atau Firdee Akassya Rosli, 44, dianggap sebagai kemunculan semula dalam teater ikonik itu kerana dia sebelum ini pernah terlibat memegang watak berbeza.

"Dua puluh tahun lalu, dia pertama kali melangkah ke dunia PGLTM sebagai Bendahara Melaka, sambil dalam diam menjadi pelakon pengganti bagi watak Hang Tuah.

Barisan pelakon PGLTM. 

"Dua dekad kemudian, perjalanan itu kembali melengkapkan pusingannya," jelas kenyataan di laman Instagram teater tersebut.

Pengumuman nama Aqasha melengkapkan senarai teraju utama teater berkenaan yang kembali dipentaskan selepas 20 tahun.

Keperibadian Aqasha dilihat sebagai kriteria utama yang mampu menghidupkan watak Hang Tuah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terganggu tengok PGL pakai braces”... Aisha Retno respons kebimbangan netizen, hanya akan guna ‘retainer’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin pelakon kedua Puteri Gunung Ledang

"Dia kembali menghidupkan salah satu figura paling ikonik dan disayangi dalam legenda Melayu, seorang pahlawan yang terikat dengan daulat, kesetiaan dan pengorbanan, namun tetap mempunyai sisi kemanusiaan di sebalik beban tanggungjawab yang dipikul.

"Untuk generasi baharu PGL ini, kami mencari seorang artis yang bukan sahaja mampu membawa kekuatan dan wibawa kepada watak Hang Tuah, tetapi juga jiwa, kematangan dan kejujuran emosi," ujar kenyataan tersebut.

Aisha diumumkan sebagai pelakon utama watak Puteri Gunung Ledang. 

Sebelum ini, nama pelakon Aisha Retno dan Mila Mohsion diumumkan sebagai dua individu yang memegang watak Puteri Gunung Ledang.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka, Yusof Hashim (Gusti Adipati), Mimi Fly dan Nadia Aqilah (Bayan).

Teater berkenaan dijangka mula dipentaskan pada Oktober nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain