PELAWAK Shuk Sahar didakwa tidak boleh bertemu dengan dua anak yang kini bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera termasuk membuat panggilan video bersama mereka.
Perkara itu didedahkan oleh rakan Shuk dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai yang mendakwa isteri artis itu, Fara Salleh melarang suaminya berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya.
Dakwa Raje Ridzuan, Fara akan mengugut untuk bercerai sekiranya dia mendapati Shuk berhubung dengan anak-anak yang kini berada bawah jagaan bekas isteri.
"Sebelum ini nak jumpa pun tak boleh. Apa lagi nak buat panggilan video. Bila telefon anak sendiri pun kena sorok-sorok dan kalau kantoi dia akan merajuk.
Raje berkongsi perbualan WhatsApp antara Fara dan Shuk.
"Kalau jumpa, ugut itu ini minta cerai bagi. Asyik dengar sebelah sana sahaja, sebelah sini malas nak bunyi.
"Dekat sini orang (Shuk) nak berniaga, jangan rosakkan mood nak berniaga," katanya.
Raje Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Raje Ridzuan juga memaparkan video pelawak itu sedang membuat panggilan video bersama anak-anaknya iaitu Qurattu Ain dan Assyifatu Aimi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha perbaiki rumah tangga, isteri fail cerai terhadap Shuk Sahar
ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali masuk wad akibat masalah jantung, isteri Shuk Sahar tolak nasihat gugur kandungan
Malah dia turut berkongsi perbualan WhatsApp Shuk bersama Fara yang menunjukkan wanita itu enggan menerima kehadiran anak tirinya.
Dalam satu perbualan yang didedahkan Raje Ridzuan, pemuda itu turut berkongsi mesej individu yang merujuk pihak tertentu dengan gelaran haiwan.
"Jika saya diam korang akan nampak salah dekat Shuk sahaja tapi di sebalik kenyataan dia yang terpaling tersakiti itu, kawan saya telah diinjak-injak maruahnya sebelum berkahwin lagi.
"Mak ayah Shuk dikatanya b*b*, anak-anak Shuk dikatanya anjing. Kenapa nak bercakap macam itu dengan orang yang tiada dosa dekat kau?" kata dia yang berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.
Raje mendakwa Fara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak-anak Shuk.
Mengulas kenyataan Fara yang mendakwa Shuk tidak menjenguknya sepanjang dimasukkan ke hospital, Raje Ridzuan mendakwa Shuk sudah berusaha mencari isterinya namun tidak berjaya.
Raje Ridzuan turut menunjukkan video Shuk pergi ke hospital namun gagal bertemu Fara kerana tidak mengetahui butiran mengenai keberadaan sebenar isterinya.
"Bukan tak jenguk, bukan tak melawat. Cari tak jumpa. Kalau rasa diri tu baik sangat sebagai seorang isteri, beritahulah dekat mana kau berada.
"Korang (netizen) tengok sendirilah video ni. Kadang cakap macam tak fikir tapi itu realitinya," tulisnya.
Tidak hanya itu,Raje Ridzuan turut menyangkal dakwaan dibuat Fara sebelum ini yang mengatakan Shuk memberi keutamaan kepada rakan-rakan berbanding keluarga sendiri.
Dedahnya lagi, Shuk gigih mencari rezeki semata-mata untuk membiayai rawatan sakit jantung dialami isterinya itu.
Fara sebelum ini memberitahu Shuk tidak mengambil berat tentang dirinya.
"Member (Shuk) mengelupur cari duit sebab nak bayar rawatan jantung kau, bukan sikit belas-belas ribu tau. Kalau tak sayang lama dah dia (Shuk) biarkan awak tu," tulisnya.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!