ISTERI Shuk Sahar mempersoalkan tindakan seorang rakan pelawak itu masuk campur dalam hal rumah tangga mereka sehingga keadaan bertambah rumit.
Fara, 33, sebaliknya berkata, Shuk sepatutnya bertindak lebih matang dan menyelesaikan sendiri masalah yang berlaku di antara mereka.
"Shuk sepatutnya lebih matang dalam hal ini dan bukan suruh orang luar hentam isteri sendiri untuk pertahankan diri.
"Permintaan saya cukup mudah iaitu minta dia untuk bertanggungjawab sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Fara mahu Shuk bersikap lebih matang.
Dalam pada itu, Fara mendakwa Shuk sendiri menjadi dalang dalam setiap pembongkaran dibuat oleh rakannya dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di media sosial.
Tindakan itu juga kata Fara seolah-olah sengaja mencari fasal kerana tidak mahu melihat dia hidup bahagia.
"Tak faham kenapa tiba-tiba kawan dia bercerita di media sosial sebab sejak kebelakangan ini saya hanya menunjukkan kehidupan bahagia.
"Saya gembira sebab tidak mahu bayi dalam kandungan terkesan. Tapi dia (Shuk) macam tak senang lihat saya gembira.
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan dedah isteri larang Shuk jumpa anak, siap kongsi ‘screenshot’ kata-kata kesat
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada usaha perbaiki rumah tangga, isteri fail cerai terhadap Shuk Sahar
"Saya tahu dia 'mastermind' dalam situasi ini dan berikan semua maklumat kepada rakannya itu," ujarnya.
Mengulas dakwaan dia tidak mengizinkan Shuk bertemu dengan anak-anaknya, Fara menyangkal perkara tersebut.
Sebaliknya, dia memohon Shuk berhenti mengaitkan isu anak untuk meraih simpati ramai.
"Saya tidak pernah halang Shuk untuk buat panggilan video dengan anak-anak sebab ada bukti CCTV. Allah juga tahu.
Shuk sepatutnya lebih matang dalam hal ini dan bukan suruh orang luar hentam isteri sendiri.
FARA SALLEH
ISTERI SHUK SAHAR
"Shuk seorang lelaki dan dia suami saya, sepatutnya dia bersikap matang dan bukannya mencari senjata (kawan) untuk melepaskan peluru (menghentam) kepada saya.
"Perbuatan ini sudah melampau dan berhentilah mengunakan isu anak untuk meraih simpati," katanya.
Pada malam Rabu, Raje Ridzuan mendedahkan Shuk didakwa tidak boleh bertemu dengan dua anak yang kini bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera termasuk membuat panggilan video bersama mereka.
Fara sudah tidak mampu mempertahankan rumah tangganya.
Dakwa Raje Ridzuan, Fara akan mengugut untuk bercerai sekiranya dia mendapati Shuk berhubung dengan anak-anak yang kini berada bawah jagaan bekas isteri.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!