suria

Along Cham harap kemelut rumah tangga segera berakhir, akan buat pendedahan dalam mahkamah

Feena (kiri) dan Along berharap kemelut mereka selesai.

PELAWAK Along Cham mengharapkan kemelut rumah tangganya bersama isteri iaitu Afreena Suhaimi bakal berakhir segera. 

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, memberitahu dia bakal mendedahkan punca dirinya memfailkan lafaz taklik. 

“Ada pendedahan yang akan saya buat sebab dia langgar taklik. Saya hanya akan bercakap di dalam mahkamah.

Along hadir ditemani ibunya.

“Harap semuanya selesai,” katanya kepada pemberita. 

Along hadir ditemani ibunya Siti Habsah Kadir hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi Isnin.

Sementara itu, Afreena atau mesra disapa Feena pula tiba sekitar pukul 10.35 pagi dengan memandu sendiri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Along Cham tenang berdepan isu rumah tangga, sudah bersedia sebarang kemungkinan

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urusan di mahkamah syariah, Along Cham beri bayangan kembali bujang

Feena pula meletakkan harapan agar proses berkenaan berjalan lancar dan tiada lagi penangguhan untuk penyelesaian. 

“Harap semuanya berjalan lancar. Harap dah tak tangguh lagi sebab dah lama berlarutan,” katanya. 

Turut hadir adalah ibu bapanya serta saksi ketika pernikahannya dengan Along dan peguam syarie iaitu Mohamad Iezwan Ielias. 

“Kita tengok kepada proses mahkamah hari ini. Secara asasnya kita akan sebut dulu di depan hakim, kebenaran untuk kes ini diteruskan,” jelas peguam. 

Fenna ditemani peguam dan keluarga ketika ke mahkamah.

Pada 28 Januari lalu, Along mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.

Dia kemudian diminta untuk melakukan urusan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana alamat rumahnya dalam daerah berkenaan.

Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain