suria

Isteri Along Cham tenang berdepan isu rumah tangga, sudah bersedia sebarang kemungkinan

Feena bakal beri kerjasama baik di mahkamah.

ISTERI pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan berhubung rumah tangga mereka.

Bakal hadir pada sebutan kes lafaz taklik pada Isnin ini, Afreena atau mesra disapa Feena berharap semua kemelut berkaitan rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sudah sangat bersedia untuk selesaikan perkara ini.

Feena tabah berdepan ujian rumah tangga.

"Ia sudah lama tertangguh sejak tahun lalu lagi," katanya ringkas kepada mStar ketika dihubungi pada Ahad.

Sebutan kes lafaz taklik pasangan itu dijadualkan berlangsung di di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Dalam pada itu, Feena akan memberi kerjasama penuh terhadap kes mereka di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urusan di mahkamah syariah, Along Cham beri bayangan kembali bujang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu-menahu urusan mahkamah syariah, hati isteri Along Cham remuk suami bangga ‘up status’ kembali bujang

Malah dia tenang berdepan dengan semua isu membabitkan rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan sejak Januari lalu.

"Kita tunggu sahaja esok (Isnin). Saya akan beri kerjasama baik.

"Kehidupan saya macam biasa dan tetap bekerja. Saya baik-baik sahaja," ujarnya.

Along memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.

Pada 28 Januari lalu Along mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan lafaz taklik terhadap Feena.

Dia kemudian diminta untuk melakukan urusan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana alamat rumahnya dalam daerah berkenaan.

Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain