suria

Banyak fitnah tentang kematian isteri, Ridzokumura ambil tindakan undang-undang

Ridzuan (kanan) tidak berdiam selepas pelbagai cerita timbul melibatkan keluarganya.

USAHAWAN dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan fitnah kepada keluarga dan kematian isterinya iaitu Allahyarham Akiko Okimura.

Peguam mewakili Ridzuan iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata pihaknya sedang dalam proses mengumpul maklumat individu berkaitan sebelum tindakan lanjut dilakukan.

"Ia merupakan tindakan kepada netizen yang fitnah dia. Sekarang ini dalam proses kenal pasti netizen berkaitan.

Ridzuan bersama peguam Fakhrul Azman (kiri).

"Apabila dapat maklumat terperinci, akan ambil tindakan secara sivil dan juga melalui pihak polis serta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, sebelum itu turut berkongsi gambar pertemuan bersama Fakhrul di Instastory miliknya.

Dia juga menegaskan akan mengambil tindakan dan meminta orang ramai agar tidak bercakap buruk tentang keluarganya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Ridzokumura akhirnya ada kekuatan cerita insiden isteri maut jatuh bangunan, bunyi dentuman disangka kemalangan 

ARTIKEL BERKAITAN: Reda dengan pemergian anak, ada sebab ibu mentua tak datang tengok arwah isteri Ridzokumura

"Fakhrul adalah peguam saya. Sesiapa yang membuat fitnah ke atas saya, Sky (anak) dan arwah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

"Hanya Allah yang tahu bertapa saya dan Sky merindui arwah. Tolong jaga komen," ujarnya

Tindakan tersebut dibuat selepas pelbagai spekulasi timbul susulan kematian Akiko pada 28 Februari lalu akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.

Ridzuan meluahkan rasa kesal pelbagai fitnah tentang kematian isteri.

Jenazah Wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain