suria

Zahnita tak pernah dipukul suami, bekas rakan kongsi dedah sikap sebenarnya

Bekas rakan kongsi Zahnita mendedahkah 'plot twist' kisah rumah tangga pelakon dan model berkenaan di IG.

NAMA Zahnita Wilson kembali menjadi sebutan apabila seorang individu dipercayai bekas rakan kongsi perniagaannya mendedahkan sikap sebenar pelakon dan model tersebut.

Tidak hanya mendakwa Zahnita sengaja mereka cerita berkaitan hal rumah tangga, malah wanita dikenali sebagai Nur Hanisah itu juga memberitahu kisah dianiaya oleh suaminya juga adalah tidak benar.

Malah Hanisah juga menganggap suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor adalah orang yang sentiasa memberi sokongan terhadap isteri.

Pendedahan yang dibuat oleh Nur Hanisah di Instastory miliknya. 

"Saya jelaskan di sini, kes dera yang kata suaminya tumbuk, tidak benar. Suaminya rosakkan hidup dia pun tidak benar.

"Beratus ribu dah bagi kepada Zahnita nak sokong itu ini. Tetapi tidak ada hasil," katanya.

Hanisah menulis perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Khamis.

Zahnita dikatakan sengaja reka cerita dipukul suami.

Dia sebelum ini menulis panjang lebar tentang sikap Zahnita yang dianggap sengaja mereka cerita dan kemudian berdolak-dalik sepanjang perkenalan mereka.

Hanisah juga mendakwa dia adalah individu yang membantu pelakon itu sejak tahun lalu untuk keluar dari rumah suaminya.

Dalam satu hantaran berbeza, dia juga mendakwa tahu cerita sebenar yang sebelum ini tular kononnya Zahnita pernah dikasasri suami sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 20 tahun saya bertahan, cukuplah” - Zahnita

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami Zahnita Wilson buat pengakuan mengejutkan, 20 tahun tahan sabar jadi mangsa isteri... “Dia cuba untuk 'Muay Thaikan' saya!”

"Mata Zahnita bukan kena tumbuk suaminya. Tapi dihempuk mainan anak bongsu ketika sedang tidur," ujarnya.

Berani mendedahkan perkara tersebut Hanisah juga memberitahu ia bukan atas desakan Zackery.

Sebaliknya apa dilakukan untuk kebaikan empat anak pasangan tersebut selain mahu Zahnita sedar akan kesilapannya.

Dalam temu bual sebelum ini Zackery menafikan pernah mengasari isterinya.

"Suami dia tak pernah cari saya untuk burukkan isteri dia.

"Saya sedia untuk dapat saman dari awak (Zahnita) untuk kebaikan anak-anak, saya harap awak sedar sebelum terlambat.

“Sebelum hilang masa depan anak-anak sebab kebodohan kau," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain