ANAK kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania meminta orang ramai berhenti menggelar suaminya dengan pelbagai panggilan yang kurang menyenangkan.
Marissa, 20, berkata perkahwinannya bersama suami adalah atas kerelaan bersama sekali gus menyangkal dakwaan dirinya menjadi mangsa eksploitasi Aslam.
"Tuduhan yang sangat berat telah dibuat pada saya dan suami sehingga dia digelar dengan gelaran yang sangat menjijikan dan tidak berasas seperti pedofilia.
"Di sini saya ingin menjelaskan sebagai manusia dan sebagai isteri yang mengetahui kebenaran sepenuhnya disebalik semua kisah ini. Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.
Marissa tampil membela Aslam dari pelbagai spekulasi netizen.
"Ya kami berkawan tapi kami tidak menjalinkan hubungan beberapa tahun lalu.
"Dia bukanlah lelaki yang sempurna, tapi dia bukan penjenayah. Kami berkahwin atas persetujuan dan kerelaan bersama. Saya bukan mangsa, walaupun apa yang diperkatakan," katanya menerusi hantaran di Threads pada Jumaat.
Tambah Marissa, dia juga berharap ibunya agar berhenti membuat sebarang kenyataan di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai salah sangka terhadap suaminya.
Kata Marissa, dia cuba menghubungi ibunya namun tidak diendahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Abby Abadi mahu selesai kemelut keluarga secara peribadi bukan di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Aslam mohon maaf secara terbuka kepada Abby Abadi, pilih poligami demi jaga maruah Marissa Dania
Jelasnya, tindakan ibunya itu seolah-olah enggan berbincang secara baik bagi menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
"Saya menghormati ibu saya, tapi saya mohon hentikan penyebaran cerita yang tidak benar di media sosial. Sebarang rasa tidak puas hati seharusnya dibincangkan secara tertutup, bukan diumumkan kepada umum sehingga nama dan maruah orang lain terjejas.
"Apa yang lebih menyedihkan, apabila saya cuba menghubungi ibu saya secara baik melalui whatsapp, semuanya tidak diendahkan.
"Tiada ruang langsung untuk sebarang perbincangan. Tak nak berjumpa. Tapi dalam masa yang sama, cerita-cerita masih terus disebarkan secara terbuka di media sosial," luahnya.
Marissa lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku.
Dalam pada itu, Marissa berkata penjelasannya di media sosial bukan untuk membalas perbuatan ibunya sebaliknya hanya ingin membela diri sendiri dan suami.
"Saya menulis ini bukan untuk membalas dendam tetapi untuk menjernihkan keadaan. Apabila maruah dan harga diri terus diperlekehkan, kami berhak untuk membela diri.
"Saya mohon agar segala rasa kurang senang dapat disuarakan secara peribadi dan tertutup. Kami hanya manusia biasa yang sedang cuba memperbaiki hidup.
Sebelum ini, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.
Abby tidak endahkan Marissa.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Aslam memberitahu dia sebelum ini berdiam diri kerana sedar banyak melakukan kesilapan kepada semua pihak.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.
Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Marissa merupakan anak kedua Abby dan Norman.
Aktres berkenaan mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu dia mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!