SUAMI kepada pelakon dan model Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse terkejut apabila mendapat tahu isterinya membawa seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam rumah.
Kata Zackery, 47, insiden itu memberi kesan terhadap anak-anak yang mahu meraikan pagi raya bersama ibu mereka.
“Kejadian tersebut agak terkejut buat saya sebab ia berlaku di pagi raya, hanya Tuhan sahaja tahu perasaan yang dirasai anak-anak ketika itu.
“Saya suruh anak-anak pergi beraya dengan ibu mereka, tapi bila ada orang lain di sana, anak-anak pun mengeluh.
Zackery ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuantan pada Jumaat.
“Saya mahukan bendera putih pada hari raya tersebut dan berhenti bergaduh untuk seketika, tapi perkara itu jadi insiden tragik buat anak-anak,” katanya kepada mStar.
Zackery berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes rumahtangganya bersama Zahnita di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang pada Jumaat.
Sebelum ini, adik kepada Zackery iaitu Shreen mendakwa Zahnita ada membawa lelaki tidak dikenali masuk ke dalam kediamannya itu sewaktu hari raya pertama iaitu pada 31 Mac lalu.
Ketika isu rumah tangganya hangat diperkatakan netizen, Zackery berkata dia reda terus menerima kecaman di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Siapa lelaki berbaju raya di rumah Zahnita?
ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan tiga kes rumah tangga Zahnita dan suami disambung tarikh baharu
Malah usahawan itu memilih untuk memaafkan netizen yang tidak mengetahui kisah sebenar.
“Netizen boleh cakap apa mereka mahu, saya terpaksa maafkan sebab mereka tidak tahu cerita sebenar daripada pihak saya.
“Bukti saya semua disimpan untuk kemukakan di mahkamah dan biarkan mahkamah yang tentukan siapa betul dan salah,” ujarnya.
Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan yang dirasai anak-anak ketika itu.
ZACKERY GHOUSE
SUAMI ZAHNITA
Pada pagi Jumaat, tiga kes rumahtangga melibatkan Zackery dan Zahnita disambung ke tarikh baharu.
Tiga kes tersebut adalah permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam anak-anak.
Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya, Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Zackery mendakwa Zahnita membawa seorang lelaki tidak dikenali masuk ke rumah.
Kemudian, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.
Zahnita juga diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya pada 6 Disember 2024.
Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!