suria

[V] Zahnita buka mulut jawab dakwaan bawa lelaki masuk rumah... “Nak ada kawan pun tak boleh”

PELAKON dan model Zahnita Wilson tampil mempertahankan diri selepas adik iparnya mendakwa dia membawa lelaki tidak dikenali masuk ke dalam rumah semasa hari raya pertama pada 31 Mac lalu.

Menurut Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, lelaki berkenaan yang juga merupakan kenalannya sekadar berkunjung untuk menyambut hari raya.

"Saya nak ada kawan pun tak boleh kan. Kawan datang nak raya tak boleh ke?

Zackery sebelum ini mendakwa isterinya membawa lelaki tidak dikenali ke dalam rumah.

Adik ackery sebelum ini mendakwa kakak iparnya membawa lelaki tidak dikenali ke dalam rumah.

"Bagi saya semua itu telah disalah anggap," katanya kepada mStar.

Zahnita ditemui sejurus selesai prosiding kes rumah tangganya bersama suami iaitu Abdul Zackery Ghouse di Kompleks Syariah Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zahnita turut mengakui menumpang kenderaan lelaki berkenaan untuk ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa lelaki berbaju raya di rumah Zahnita?

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terkejut dakwaan Zahnita bagi lelaki masuk rumah, jadi insiden tragik buat anak-anak

Memandangkan dia tidak memiliki kenderaan sendiri, Zahnita berkata dia menerima pelawaan rakannya itu.

“Saya tumpang dia balik Kuala Lumpur sebab saya tiada kereta.

“Dia tanya nak tumpang balik rumah ibu tak? Tiba-tiba di hari kejadian saya kena ‘serang’ oleh adik ipar.

“Saya keluar rumah sebelum ini sehelai sepinggang, semua sudah diambil... Apabila timbul isu sebegini, ia memenatkan mental saya,” jelasnya.

Apabila timbul isu sebegini, ia memenatkan mental saya.

ZAHNITA WILSON

PELAKON/MODEL

Sebelum itu, suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse ketika ditemubual mStar mengakui terkejut apabila mendapat tahu isterinya membawa lelaki tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Kata Zackery, perkara itu memberi kesan dan menjadi insiden tragik buat anak-anak.

Terdahulu, tiga kes rumah tangga melibatkan Zackery dan Zahnita disambung ke tarikh baharu.

Zahnita akui sudah penat berdepan dengan pelbagai tohmahan tidak benar.

Zahnita akui sudah penat berdepan dengan pelbagai tohmahan tidak benar.

Tiga kes tersebut adalah permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam.

Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya, Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Kemudian, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Zahnita hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ditemani abang.

Zahnita juga diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya pada 6 Disember 2024.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain