SUSULAN pendedahan dibuat seorang wanita yang didakwa dipukul bekas teman lelaki, akaun Instagram milik pelakon Ammar Alfian pula dihujani pelbagai komen daripada netizen.
Mereka menyerang aktor berusia 38 tahun itu kerana mengesyaki dia adalah individu yang didakwa membelasah wanita tersebut.
Menerusi satu hantaran terbaharu di akaun berkenaan, netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Ammar yang tidak sepatutnya mengasari wanita dalam apa juga keadaan.
Malah ramai mengutuk aktor itu sebagai dayus kerana hanya berani dengan wanita di sebalik tubuhnya yang sasa.
"Gangster tak pukul perempuan bro! Apa pun alasan kau, kau tak boleh pukul perempuan. Jenis dayus pukul perempuan.
Pendedahan dibuat seorang wanita yang dipercayai bekas teman wanita Ammar.
"Kenapa pukul perempuan? Badan sado jadi rasa macam nak pukul perempuanlah?” tulis netizen.
Malah, ramai mahu memboikot filem dan drama lakonan Ammar selepas ini kerana tidak bersetuju dengan sikapnya memperlakukan kekerasan terhadap wanita.
"Boikot sahaja filem ini (lakonan Ammar). Jangan sokong kaki pukul perempuan macam ni.
"Dulu aku minat kau bro tapi lepas baca apa kau dah buat terus jadi meluat. Gangster tak pukul perempuan bro," demikian komen-komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya - “Tahulah muka aku jahat...”
Sebelum ini, seorang wanita dipercayai bekas kekasih Ammar mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul.
Menerusi hantaran di Instastory, wanita tersebut mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, mata, leher dan tangan.
Tanpa berselindung, wanita tersebut mendedahkan si pelaku dan turut memuat naik foto bersama sebagai bukti.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar seperti dilaporkan media mengesahkan menerima laporan oleh seorang wanita yang mendakwa dicederakan teman lelaki.
Nama Ammar sebelum ini pernah terpalit dengan dakwaan pukul teman wanita.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya.
Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Tun Dr Ismail (TTDI) pada Isnin.
Ini bukan kali pertama Ammar dikaitkan dengan insiden pukul malah pada Julai tahun lalu, aktor itu turut dituduh memukul teman wanitanya berdasarkan beberapa petunjuk seperti umur dan bertubuh sasa.
Pun begitu, Ammar menyangkal tuduhan tersebut dalam ruangan komen di Instagram mStar yang turut melaporkan berita berkenaan.
Ammar menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan hanya kerana dia sering membawa watak antagonis dalam drama serta filem lakonannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!