suria

Tiada sebarang urusan perniagaan, Rebecca Nur Al Islam tak pinjam RM1.5 juta Bonda Rozita

Rozita jawab spekulasi melibatkan adik iparnya.

PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada usahawan Rozita Ibrahim seperti mana dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata, tiada sebarang urusan melibatkan wang di antara mereka.

Malah mereka juga tidak pernah bekerjasama melibatkan pernigaan meskipun selepas Rozita berkahwin dengan abang kepada Rebecca.

Perkongsian Rozita di Instagram.

"Saya nak mencelah sedikit untuk menjernihkan spekulasi tentang Datin Rebecca. Dia tidak ada meminjam wang RM1.5 juta.

"Saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas berkahwin," katanya.

Rozita menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjam RM1.5 juta daripada Bonda Rozita fitnah memalukan, Rebecca Nur Al Islam bersumpah tak pernah berhutang

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia hanya mempunyai urusan perniagaan dengan suami aktres berkenaan iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman.

"Urusan saya hanya dengan suaminya melibatkan hal kerja sebelum ini yang belum diselesaikan," ujarnya.

Sebelum ini, Rebecca menyangkal dakwaan ada meminjam wang Rozita dan menganggap ia sebagai fitnah memalukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain