suria

Edika Yusof mahu jumpa kaunselor, serah laporan perubatan isteri kepada mahkamah

Edika menyerahkan laporan perubatan isteri kepada mahkamah.

PELAKON Edika Yusof berjanji untuk memenuhi permintaan isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri sekiranya dia nekad untuk bercerai. 

Bagaimanapun Edika, 58, berpendapat mereka seharusnya berjumpa kaunselor dan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 

“Saya cuba untuk berusaha selamatkan rumah tangga ini. Tetapi kalau itu yang dia mahu, saya akan turuti asalkan dia bahagia.

“Risau nanti kalau kita paksa, kasih sayang sudah tidak sama seperti awal perkahwinan. Itu tak jadi juga. 

Edika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Rabu.

“Pendapat saya, kita patut jumpa kaunselor terlebih dahulu dan hari ini saya akan menyerahkan laporan perubatan kepada pakar (mahkamah) untuk menilai berkenaan masalah kesihatan isteri,” katanya kepada mStar. 

Edika memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebuta kedua prosiding perceraiannya pada Rabu.

Jelas Edika, dia juga tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak yang menjadi punca kepada kemelut rumah tangga dibina selama 22 tahun lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Edika Yusof tak pernah curang, isteri sensitif sejak sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rela bercerai pada usia emas, Edika Yusof anggap ‘hadiah’ sempena hari jadi ke-58

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebab saya ada silap juga. Kita kena saling perbaiki diri sendiri. 

“Saya ada juga minta untuk berbincang tetapi dia tidak layan, WhatsApp pun tidak berbalas,” ujarnya. 

Sebelum ini, kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai apabila Hidayah memfailkan cerai terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu. 

Edika mahu menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri.

Ditanya sebab Hidayah memfailkan tuntutan cerai itu, peguamnya iaitu Mohd Yazid Hazim berkata, buat masa ini dia tidak boleh berkongsi secara terperinci, namun tidak menafikan berkaitan tiada persefahaman.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan memiliki  dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20 tahun.

Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nazirul Afiq, 27 tahun. 

Untuk rekod, Hidayah mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak 19 tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain