suria

Beego bawa ibu wakil JKP, Linda Hashim buka ‘fail’ baru jika suami enggan cerai

Beego (kanan) bawa ibu jadi wakil JKP.

TETAP dengan pendirian, pelakon Beego terus mahu pertahan rumah tangga bersama aktres Linda Hashim. 

Menurut Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dia masih mengharap hubungan dengan Linda kembali pulih seperti sedia kala.

“Harapan tetap sama. Saya masih cuba pertahankan rumah tangga,” katanya kepada pemberita. 

Beego ditemui ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu bagi prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP). 

Beego berharap hubungannya dengan isteri kembali pulih.

Pelakon itu tiba di mahkamah sekitar pukul 11 pagi ditemani peguam syarie Muhammad Akmal Amzan. 

Hadir bersama adalah ibu Beego iaitu Roshidah Elias, 66, yang juga wakil JKP bagi pihaknya. 

Sementara itu Linda atau Norhazlina Hashim, 41, tiba di mahkamah 15 minit kemudian bersama peguam Nurul Fadzilah Kamaluddin. 

Sedia berdepan kes menuntut cerai, pelakon ini juga mengharapkan jalan damai bersama Beego selepas berpisah. 

“Kita dah berbincang bertahun. Jadi inilah tempatnya (mahkamah). 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Beego enggan cerai, minta Linda Hashim balik ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cerai Beego dan Linda Hashim tiada penyelesaian, mahkamah arah lantik wakil Jawatankuasa Pendamai

“Saya harapkan pengakhiran yang terbaik. Semoga kami boleh berdamai sebab ada anak-anak,” ujarnya. 

Linda melantik bapa saudaranya iaitu Johaini Arif sebagai wakil JKP. 

Dalam masa sama Linda juga memberi bayangan akan melanjutkan kes tuntutan cerai dengan permohonan berbeza sekiranya Beego enggan melepaskan. 

“Bapa saudara ini yang jadi saksi ketika kami nikah. Dia juga yang banyak membantu dalam urusan saya. 

“Kita ikut sahaja (prosiding mahkamah). Mungkin akan buka fail lain,” jelasnya.

Linda nekad untuk berpisah dengan suami.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain