suria

Mas Idayu ada sebab minta cerai, pilih tutup aib jaga silaturahim dengan bekas suami

Mas Idayu ada sebab tersendiri tuntut cerai terhadap Sufian.

TANPA berselindung, penyanyi Mas Idayu mengaku dia yang menuntut cerai daripada bekas suaminya iaitu Muhamad Sufian Che Isa.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 53, berkata, dia mempunyai alasan mengapa mahu bercerai malah menegaskan dirinya layak berbuat demikian.

Bagaimanapun, penyanyi dangdut ini memilih tidak berkongsi punca dia memohon cerai kerana enggan membuka aib sesiapa.

Mas ada sebab tersendiri minta cerai daripada Sufian.

“Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon penceraian.

“Kalau seorang isteri minta cerai tanpa sebab, tak cium bau syurga.

“Tak perlulah cari siapa salah kerana saya yang minta untuk dilepaskan, tak mahu buka aib sesiapa,” katanya.

Mas berkongsi perkara itu menerusi program Melodi yang disiarkan pada Khamis malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun kahwin, Mas Idayu dan Sufian bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan

Dalam pada itu, Mas menafikan kewujudan pihak ketiga yang menjadi punca penceraian mereka sebaliknya mereka berpisah secara baik.

Malah jelasnya dirinya bukan punca perkahwinan itu berakhir seperti didakwa netizen.

“Tak tahu kenapa netizen buat andaian kata saya punca kami bercerai, merangkaklah mereka yang tuduh saya tu nanti di padang mahsyar.

“Tiada orang ketiga, kami bercerai cara baik,” ujarnya.

Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon penceraian.

MAS IDAYU

PENYANYI

Mas dan Sufian kini tetap mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat walaupun ikatan suami isteri di antara mereka sudah terlerai.

“Saya dengan Sufian tak bergaduh, kami pergi mahkamah pun masih boleh ketawa.

Pada Isnin, media malaporkan Mas dan Sufian sudah bercerai 4 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Sufian yang juga seorang penerbit program di Media Prima kemudiannya mengesahkan berita tersebut.

Mas dan Sufian sah bercerai 4 Mac lalu.

Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas berkenalan pada 2008.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Sebelum itu, Mas pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Mas dan Sufian masih berkawan baik.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.

Sementara itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV iaitu Intan Suraya dan berakhir dengan penceraian.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain