suria

Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

Artis terkenal ditahan polis disyaki lakukan amang seksual.

PELAKON dan penyanyi popular ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada Selasa.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Seorang artis ditahan selepas disyaki cabul perempuan bawah umur di sebuah hotel.

Seorang artis ditahan selepas disyaki cabul perempuan bawah umur di sebuah hotel.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, selepas pertemuan itu suspek dan mangsa ada bertemu beberapa kali.

Siti Kamsiah berkata, suspek kemudiannya bertemu dengan mangsa di sebuah hotel sebelum kejadian tersebut berlaku. 

"Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ditahan bersama ganja, ujian air kencing positif

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, siasatan kes Yoo Ah In cabul lelaki digugurkan

"Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kata Siti Kamsiah kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain