suria

Naim Daniel hadir ke mahkamah, hadapi pertuduhan kes amang seksual

Naim berdepan tuduhan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

PELAKON Naim Daniel hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada pukul 8.34 pagi ini dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun.

Naim atau nama sebenarnya  Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, yang mengenakan sut berwarna hitam tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes berwarna putih. 

Pelantun yang terkenal menerusi lagu Sumpah itu dikatakan hadir bersama  ahli keluarganya.

Naim ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada pagi Selasa.

Naim bagaimanapun ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai keberadaannya dan kelihatan tenang sewaktu ditemui media.

“Assalamualaikum semua, Insya Allah,” katanya ketika ditemui media di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi ini. 

Pada 3 Jun lalu kecoh apabila seorang selebriti ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular didakwa cabul remaja selepas pertama kali jumpa, mula kenal dua bulan lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Artis popular ditahan polis, didakwa cabul remaja bawah umur di hotel

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Difahamkan kejadian cabul itu berlaku ketika kali pertama pertemuan antara suspek dan remaja terbabit.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain