POLIS membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat penyanyi Shila Amzah selepas didakwa diserang penyanyi legenda semalam.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya lagi, polis juga sudah merakam keterangan dua individu berhubung laporan yang dibuat dan tiada sebarang tangkapan buat masa ini.
Kertas siasatan dibuka susulan laporan Shila.
"Pihak polis telah mengambil dua rakaman percakapan setakat ini.
“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam masa sama dimaklumkan insiden yang berlaku pada Khamis itu tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal terhadap Shila.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan terima laporan Shila Amzah diserang penyanyi legenda
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan, netizen petik nama Amy, Awie & Ella
Malah punca kejadian itu masih lagi dalam siasatan.
“Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal. Siasatan masih dijalankan,” katanya.
Menurut Mohamed Usuf, polis akan memanggil penyanyi legenda untuk diambil keterangan.
“Dalam tindakan untuk diambil keterangan,” katanya.
Shila dakwa diserang ketika terlibat dalam sebuah acara.
Terdahulu satu laporan polis dibuat oleh Shila atas dakwaan diserang penyanyi legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Laporan dibuat pada pukul 5.30 petang Khamis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Shila sebelum itu berkongsi kejadian diserang dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Namun tidak memperincikan punca serangan itu berlaku.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube