suria

[V] “Boleh berbaik, tapi Amy Search kena ubah sikap” - Shila Amzah  

PENYANYI Shila Amzah tidak menolak sekiranya terdapat jalan untuknya dan Datuk Amy Search menyelesaikan konflik yang berlaku di antara mereka sebelum ini. 

Bagaimanapun, kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, sebarang usaha untuk menjernihkan keadaan hanya akan berlaku sekiranya Amy menunjukkan perubahan sikap ke arah yang lebih positif.

 “Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar (untuk berdamai). Bukanlah mahu kata saya ini ego tinggi dan tak mahu untuk berdamai, tidak sama sekali. 

Shila tidak menolak untuk berbaik dengan Amy. 

“Cuma, saya mahu tengok ada perubahan (daripada Amy). Seandainya ada perubahan dari segi sikap (baru boleh berdamai),” katanya kepada mStar. 

Shila memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas program Raise The Star di Shah Alam pada Ahad. 

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Patah Seribu itu turut memberitahu sehingga kini masih belum ada sebarang perjumpaan atau perbincangan serius di antara mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tak kacau keluarga Amy Search, sekadar sokong kenyataan Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Campur masalah keluarga punca penyanyi legenda serang Shila Amzah

Dalam masa sama, Shila juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali sepentas dengan Amy namun mengakui lebih berhati-hati selepas insiden yang berlaku.

“Saya mungkin akan pasang pengawal peribadi kalau bekerja lagi dengan dia. Saya tidak meletakkan apa-apa syarat supaya dia tidak kerja sekali dengan saya. 

“Saya profesional dan tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak selama 25 tahun ini. Lagipun industri ini kecil, masing-masing kena pandai jaga diri sendiri,” ujarnya. 

Shila akan lebih berhati-hati sekiranya mempunyai acara sama dengan Amy. 

Shila sebelum itu berkongsi kejadian diserang seorang penyanyi lagenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. 

Shila juga mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy. 

Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan daripada Shila. 

Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain