suria

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul” - Awie

Awie (kanan) minta Amy beri penjelasan sebenar.

TANPA berselindung, penyanyi Datuk Awie meminta Datuk Amy Search untuk tampil memberi penjelasan berhubung isu seorang penyanyi legenda yang didakwa mengherdik Shila Amzah ketika terlibat dalam sebuah acara pada Khamis. 

Menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak yang menuduh dirinya, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 57, mahu perkara itu diselesaikan segera.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku. 

Perkongsian Awie di Facebook. 

"Pihak yang berkenaan tampilah ke depan. Benda ini turut mengakibatkan orang yang tiada kena mengena. 

"Orang tuduh nama Awie sebab anggap saya jahat. Orang yang betul sepatutnya keluarlah. Bercakaplah," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. 

Awie turut menulis luahan sama dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Diherdik ‘tahulah apa nasib kau nanti’, Shila Amzah takut diancam penyanyi rock lelaki 

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan terima laporan Shila Amzah diserang penyanyi legenda

Tambah Awie susulan kekecohan yang berlaku ia memberi kesan kepada dirinya sehingga ramai bertanya untuk mendapatkan kepastian. 

Dalam masa sama, dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya ada pihak keterlaluan menyebarkan fitnah mengaitkan dirinya. 

"Ramai yang tuding jari kepada saya dan bertanya. Saya juga ada perasaan dan ada keluarga. 

"Banyak sangat fitnah yang berlaku. Saya tak teragak-agak membawa ke mahkamah jika ada yang melampau," ujarnya. 

Shila dakwa diherdik seorang penyanyi ketika membuat latihan. 

Sebelum ini kecoh apabila Shila membuat laporan polis atas dakwaan berkenaan selepas merasakan dirinya tidak selamat susulan insiden yang berlaku. 

Shila, Awie dan Amy sama-sama terlibat membuat persembahan dalam konsert ulang tahun ke-20 MR. D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain