PELAKON Nabila Huda menyelar seorang wanita kerana tidak menyebelahi suaminya ketika sedang berdepan dengan kemelut yang menimbulkan kekacauan dalam industri hiburan.
Menerusi perkongsian dibuat oleh Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 41, berang apabila individu yang sepatutnya bertanggungjawab tidak tampil memperbetulkan keadaan.
"Mana 'betina' yang punca porak peranda ni? Senyap saja. Duit nak, kaya nak, beg tangan mahal nak... Status datin nak, semua kau dapat.
"Tapi kau biarkan saja nama suami kau kena caci dengan tahi yang kau dah buat," katanya.
Perkongsian Nabila di X miliknya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi X miliknya.
Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita berkenaan yang selama ini didakwa banyak menimbulkan rasa kurang senang terhadap individu lain.
"Buat malu saja, tapi kali ini baru betul. Buku bertemu ruas. Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau. Tapi tak boleh nak bersuara.
"Bila-bila masa saja sebenarnya nak bersuara tapi orang semua terlalu menghormati suami kau. Lambat lagi orang nak takut dengan kau," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda ‘rehearsal’ watak baharu, monolog sindir wanita berstatus datin henti malukan suami
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tak kacau keluarga Amy Search, sekadar sokong kenyataan Nabila Huda
Meski tidak menyebut sebarang nama, namun ramai mula membuat andaian hantaran tersebut adalah berkaitan dakwaan penyanyi Shila Amzah yang melibatkan bapanya iaitu Datuk Amy Search.
Menerusi hantaran sama, Nabila memuji keperibadian Amy yang dikenali sejak kecil dan menyifatkan penyanyi itu seorang yang baik.
"Saya kenal dia. Dia bukan macam itu. Dia seorang yang baik dan tenang. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia.
"Sejak kecil lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa menjadi orang yang merendah diri," luahnya.
Nabila berang apabila seorang wanita didakwa mendiamkan diri tanpa membela suaminya.
Sebelum ini, satu laporan polis dibuat oleh Shila atas dakwaan diserang penyanyi legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara di Stadium Merdeka.
Shila juga mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy.
Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan.
Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube