suria

[V] Suami Zehra Zambri sedia lafaz cerai, hormat keputusan mahkamah lalui proses hakam

SUAMI kepada penyanyi Zehra Zambri bersedia menceraikan isterinya selepas gagal mencapai kata sepakat dalam proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). 

Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, memberitahu dia bagaimanapun perlu mengikut proses mahkamah yang telah ditetapkan untuk lantikan hakam terhadap kes perceraian mereka. 

“Perkara ini memang berterusan dan saya ada beritahu dalam mahkamah bahawa ingin menceraikan Zehra.

Iqwan akur dengan perintah mahkamah.

“Cuma ada fasa yang perlu dilalui, jadi saya hormat keputusan itu Saya sudah sedia untuk lepaskan Zehra sebelum ini lagi namun perlu lalui proses mahkamah. 

“Sangat berat sebenarnya untuk saya lalui perkara ini tapi saya ikut saja,” katanya. 

Mohd Iqwan ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi selepas prosiding laporan JKP pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kata sepakat dicapai, kes cerai Zehra Zambri dan suami diselesaikan secara hakam

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami setuju lafaz talak, tapi minta gugurkan 4 tuntutan dibuat Zehra Zambri

Dia juga enggan memberi komen lanjut berhubung penetapan mahkamah terhadap kes perceraian mereka. 

“Tidak ada apa-apa keputusan dicapai hari ini, saya tak mahu komen banyak sebab anak saya tak sihat. Untuk lebih lanjut tentang apa-apa yang berlaku dalam mahkamah boleh tanya Zehra sebab peguamnya lebih arif dalam hal ini," ujarnya. 

Dalam prosiding yang berlangsung mahkamah menetapkan lantikan hakam akan dibuat secara profesional dan bukan dalam kalangan ahli keluarga.  

Zehra sebelum ini memfailkan cerai pada Mac lalu.

Hakam Islah merupakan peringkat rundingan lanjutan dalam kes perceraian mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Iqwan pada 7 Mac. 

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain