suria

[V] Zehra Zambri urus sendiri anak sakit, dakwa suami hanya buat ‘content’ jaga di hospital

PENYANYI Zehra Zambri mendakwa suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang bapa terhadap anak mereka. 

Lebih mengecewakan lagi menurut Zehra, suaminya seakan lepas tangan apabila anak mereka perlu menjalani rawatan di hospital pada Khamis lalu. 

"Anak saya dalam wad daripada 10 Julai sampai 13 Julai, dia datang jaga satu malam sahaja. Saya yang uruskan sendiri dari A sampai Z.

Zehra berharap kes penceraian dengan suami dapat diselesaikan dengan segera.

"Saya tidak boleh halang dia datang jaga sebab itu pun anak dia. Urusan lain seperti insurans dan bil hospital semua saya tanggung.

“Dia hanya datang melenggang bawa diri sahaja dan ambil gambar barangkali untuk konten semata," dakwanya. 

Tambah penyanyi ini urusan nafkah anak mereka iaitu Zahiyah Iqleea, 3, juga tidak diberi perhatian baik selepas berlaku kemelut dalam rumah tangga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kata sepakat dicapai, kes cerai Zehra Zambri dan suami diselesaikan secara hakam

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri sedia lafaz cerai, hormat keputusan mahkamah lalui proses hakam

Malah dakwa Zehra dia perlu mengeluarkan duit belanja sendiri bagi membeli keperluan di rumah. 

“Kalau bab keperluan seperti susu, lampin saya yang perlu dahulukan duit saya kemudian baru saya ‘claim’ dengan dia.

“Susah juga, ibarat perlu mengemis terlebih dahulu," ujarnya. 

Zehra dalam masa sama berharap kes perceraian mereka dapat diselesaikan secepat mungkin supaya mereka boleh berbincang dalam hal melibatkan kebajikan anak. 

Zehra mendakwa suami seolah lepas tangan ketika mahu menjaga anak di hospital.

Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun mempertahankan rumah tangga mereka.

Kes perceraian mereka masih berlarutan dan mahkamah memutuskan untuk diselesaikan secara lantikan hakam. 

Untuk rekod, Zehra dan Mohd Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain