suria

Cari dalang sebenar, Shila Amzah minta henti kaitkan Nabila Huda

Shila (kanan) mohon orang ramai tidak mengaitkan Nabila dalam kontroversi ini.

PENYANYI Shila Amzah meminta orang ramai agar tidak mengaitkan nama aktres Nabila Huda susulan kemelut yang berlaku antara dia dan Datuk Amy Search. 

Sebaliknya dakwa Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, ada individu yang menjadi dalang sehingga tercetus kontroversi melibatkan mereka. 

"Saya sudah bercakap bagi pihak sendiri, tolong jangan kaitkan Abil (panggilan Nabila) dalam hal ini. 

Perkongsian Shila di Instastory miliknya.

"Satu hal lagi, cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dia tidak bersendirian," katanya. 

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Isnin. 

Dia juga tidak menyangka insiden diherdik pada Khamis lalu berlaku kerana Amy yang dikenali secara peribadi bukanlah sebegitu. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shila Amzah tak kacau keluarga Amy Search, sekadar sokong kenyataan Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai dah jadi mangsa buli, Nabila Huda seru 'datin' tampil pertahankan suami

"Sepanjang saya mengenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini. 

"Saya minta maaf kerana saya tidak dapat menyebut namanya secara terangan dalam keadaan penuh kamera dihadapan saya malam tadi (Ahad) menjadikan ia lebih teruk," ujarnya. 

Ketika bertemu media pada malam Ahad, Shila mengesahkan bahawa penyanyi legenda yang menyerangnya adalah bapa kepada Nabila. 

Shila mengesahkan bahawa penyanyi legenda yang menyerangnya adalah bapa kepada Nabila.

Susulan insiden itu dia membuat laporan polis dan Amy juga telah dipanggil memberi keterangan. 

Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan yang didakwa mencampur urusan keluarganya. 

Sementara itu nama Nabila turut terpalit dalam kemelut tersebut kerana memuat naik video didakwa 'menyindir' seorang wanita yang dikatakan perangainya tidak pernah berubah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain