PELAKON dan usahawan Nora Danish terkejut apabila dikatakan kembali menjalin hubungan dengan bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Nora berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip terbabit timbul sedangkan mereka tidak pernah bercakap soal perhubungan selama ini.
"Siapa agaknya yang sebarkan gosip ini? Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba saya dikaitkan kembali dengan Jejai.
"Hubungan kami tiada yang 'extra' dan masih sama seperti dahulu,"katanya ketika dihubungi mStar.
Nora terkejut apabila dikaitkan kembali menjalin hubungan dengan bekas suami.
Menurut Nora, dia bagaimanapun tidak hairan apabila mereka digosipkan bersama kerana masing-masing belum berkahwin.
“Hubungan baik ini bukan kerana ada apa-apa yang istimewa antara kami. Sejak dahulu lagi, saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepada kami.
"Tidak ada yang lebih penting daripada memastikan mereka membesar dalam suasana penuh kasih sayang, hormat-menghormati, walaupun kami tidak lagi sebagai suami isteri."katanya.
Tambah Nora, dia terharu dan bersyukur kerana Jejai memainkan peranan yang baik dalam memastikan hubungan mereka kekal harmoni demi anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish tak tutup pintu hati untuk kahwin lagi, masih belum jumpa calon suami
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish padam impian tunai haji tahun ini… “Mungkin Allah nak saya pergi dengan pasangan”
“Dia seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan sentiasa berusaha menjadi ayah yang bertanggungjawab. Malah, dia juga sanggup mengorbankan kegembiraannya sendiri demi memastikan anak-anak menjalani kehidupan yang baik.
“Dalam Islam sendiri, menjaga silaturahim itu satu tuntutan, lebih-lebih lagi dalam urusan kekeluargaan. Doakan saja yang baik-baik buat kami,"katanya.
Nora mengekalkan hubungan baik dengan Jejai demi anak.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 16 tahun.
Bagaimanapun, Nora bercerai dengan Jejai pada 10 Julai 2008.