suria

Ustaz selebriti terlibat amang seksual remaja didedah Nurul Izzah sudah didakwa

Mangsa melibatkan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun.

PENDAKWAH selebriti yang dikaitkan melakukan gangguan seksual terhadap remaja lelaki sebagaimana yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sudah didakwa. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak lapan laporan polis diterima membabitkan pendakwah selebriti berkenaan.

"Tujuh kes berlaku di Pulau Pinang dan satu laporan di Kedah. Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang dalam perbicaraan ketika ini," katanya.

Menurut Siti Kamsiah, kesemua mangsa melibatkan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun dan kesemua pertuduhan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini.

Izzah tampil membela nasib mangsa.

Sebelum ini, Nurul Izzah dalam satu hantaran di Facebook mendedahkan modus operandi pendakwah berkenaan yang didakwa mendekati mangsa dengan menggunakan minat terhadap nasyid sebagai alasan untuk memulakan niat jahatnya.

"Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama.

"Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji.

"Ustaz itu datang ke rumah dan memujuk remaja itu untuk mengikutnya ke negeri lain dengan menonton persembahan nasyid," katanya menerusi hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah ikrar bela nasib remaja dakwa diraba ustaz selebriti - “Saya tak akan berundur walau selangkah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ‘ustaz’ didakwa lakukan gangguan seksual terhadap wanita berniqab, hantar 11 video lucah

Berkongsi lebih lanjut, Nurul Izzah berkata, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut.

Difahamkan, pendakwah selebriti itu tidak berdiam diri namun didakwa menyaman keluarga mangsa dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Justeru, Nurul Izzah berikrar untuk membela nasib mangsa dan mengheret suspek ke muka pengadilan agar menerima hukuman setimpal atas jenayah dilakukannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain