SUASANA janggal ketika penyanyi Bella Astillah mengumumkan kemenangan pelakon Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) terus hangat diperkatakan.
Terbaharu pembantu peribadi Bella yang menggunakan akaun Facebook bernama Bella Astillah II tampil mempertahankan tindakan penyanyi itu.
“Kawan yang terdekat je tahu apa dia (Sophia) ini buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah.
Luahan pembantu peribadi Bella di Facebook.
“Tapi (malam) tadi jadi macam itu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia.
“Dia gigil sebab trauma. Dia saja yang pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga hari ini. Bella selalu pesan pada kami, yang penting Allah tahu,” tulisnya pada hantaran di Facebook.
Tambahnya, Bella juga sentiasa mengingatkan pasukannya agar bersabar dalam menghadapi ujian hidup kerana percaya setiap kesabaran pasti dibalas dengan sesuatu yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak rasa janggal terima trofi, Bella ‘cabut’ lari elak berdepan media… “Mungkin itu cara dia sampaikan anugerah”
“Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” katanya.
Dalam pada itu, tanda pagar #janganbuatinnocent yang disertakan di hujung kenyataan turut menimbulkan spekulasi apabila didakwa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Terdahulu, tular rakaman menunjukkan Bella enggan bersalaman dan langsung tidak memandang Sophia ketika menyebut namanya sebagai pemenang.
Bella bergegas pulang selepas tamat acara.
Reaksi ‘dingin’ Bella itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mendakwa suasana ketika itu ‘awkward’ dan tegang.
Bagaimanapun Bella tetap profesional dan menyebut nama Sophia sebagai pemenang sebelum menyerahkan trofi dan bunga kepada pelakon itu.
Pada 2023, Bella dan Sophia dilapor pernah berdepan konflik apabila bekas suami Bella, iaitu penyanyi Aliff Aziz didakwa menjalin hubungan dengan Sophia, sejak mereka terbabit dalam penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube