SEORANG ahli politik tampil mendedahkan hubungan anak perempuannya dengan seorang penyanyi nasyid terkenal yang kini menjadi perhatian di media sosial.
Menurutnya, hubungan tersebut telah lama diketahui namun secara terbuka tidak merestui hubungan tersebut memandangkan penyanyi itu berstatus suami orang.
“Ya, saya tahu tentang hubungan anak saya dengan penyanyi nasyid berkenaan.
Penyanyi nasyid sudah ada isteri.
“Sebagai bapa, sejujurnya saya memang tidak menerima apa yang berlaku.
“Tambah pula, penyanyi nasyid berkenaan sudah pun memiliki isteri dan anak,” katanya ketika dihubungi mStar.
Individu itu turut berharap agar isu ini tidak terus berlarutan dan menyeru agar penyanyi tersebut menjaga batas serta menghormati kedudukan masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dedah skandal Fajar Noor, pengikut IG turun 20,000
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fitri Haris nafi main kayu tiga, isteri yakin suami setia
“Apa yang saya boleh katakan, saya harap tiada lagi gangguan daripada pihak artis tersebut.
“Fokus sahaja pada hubungan dengan keluarganya itu sahaja,” jelasnya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi nasyid kononnya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga anak kepada seorang ahli politik sejak akhir tahun lalu.
Wanita dan penyanyi nasyid tersebut didakwa sering dilihat bersama di pusat membeli-belah
Mereka juga didakwa sering dilihat bersama di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Lebih mengejutkan, isteri kepada penyanyi berkenaan difahamkan baru sahaja melahirkan anak ketika isu kecurangan itu mula diperkatakan.
Bagaimanapun, menurut laporan, isteri penyanyi tersebut tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi secara sah demi kebaikan keluarga mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube