TULAR dakwaan mengatakan punca perceraian bersama aktres Nur Fazura disebabkan orang ketiga, pelakon Fattah Amin menegaskan pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang.
Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tindakan itu akan dikenakan kepada mereka yang cuba menyebarkan fitnah tersebut di media sosial sehingga menjejaskan namanya.
“Pada awalnya saya tidak sedar mengenai isu ini. Pihak pengurusan dan peminat yang tahu dan hantar kepada saya.
Fattah dinobatkan sebagai Selebriti Maskulin Terhangat.
“Apa yang saya boleh cakap, benda ini tidak elok dan fitnah. Sekarang ini bukan lagi untuk mempertimbangkan, tetapi sedang uruskan tindakan undang-undang.
“Ia akan dibuat kepada sesiapa sahaja yang sebarkan fitnah berkenaan sebab nanti daripada fiitnah itu akan jadi lebih teruk. Benda ini sudah ada tindakan daripada pengurusan dan peguam saya,” katanya kepada mStar.
Fattah memaklumkan perkara itu ketika sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2025 di Putrajaya pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman kantoi tahu password telefon Fattah Amin... “Korang nampak ke?”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat hadir acara sekolah anak, Fattah Amin minta maaf... Tetap bangga dengan Fatima
Menurut Fattah, dia yakin segala fitnah yang direka dan disensasikan dilakukan bagi mencalarkan imej baiknya.
“Daripada apa yang diberitahu pengurusan, memang ada segelintir yang mahu calarkan imej saya.
“Kalau nak kata kesal, bagi saya itu adalah lumrah sebagai anak seni. Kita memang tidak akan terlepas daripada kontroversi,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Fattah tular di aplikasi Threads apabila terdapat pasangan suami isteri yang juga personaliti media sosial mendedahkan rumah tangga mereka diganggu orang ketiga.
Fattah mempunyai seorang cahaya mata perempuan.
Selain memetik nama seorang penyanyi yang dikatakan cuba menjadi batu api, pasangan itu turut mendedahkan pelaku tersebut adalah individu sama yang dikatakan mengganggu rumah tangga Fattah dan Nur Fazura.
Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube