SELEPAS kecoh isu berkaitan gagal melunaskan bayaran, pihak Awesome TV tampil memberi kenyataan menjawab segala dakwaan terhadap mereka.
Menerusi satu kenyataan, pihaknya dikatakan bakal mengambil tindakan saman terhadap tiga pelawak kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah sehingga menjejaskan nama baik Awesome TV.
"Satu tindakan undang-undang telah difailkan terhadap tiga selebriti tempatan berikutan kenyataan berunsur fitnah yang disebarkan melalui laman media sosial masing-masing.
Awesome TV nafi gagal bayar baki tunggakan.
"Tindakan ini diambil susulan penyebaran dakwaan tidak berasas oleh Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu yang menuduh Awesome TV gagal melunaskan bayaran bagi penglibatan mereka dalam program-program televisyen yang disiarkan di Awesome TV.
"Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi," jelas kenyataan berkenaan yang diemel kepada mStar Online.
Dalam masa sama, pihak mereka juga menjelaskan bayaran yang tertunggak sepatutnya diuruskan oleh pihak produksi luar yang bertanggungjawab menerbitkan rancangan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hidap kanser usus, Amir Raja Lawak minta stesen TV segera buat bayaran... Tak mahu ansuran atau diskaun
ARTIKEL BERKAITAN: Penat tunggu tiga tahun, Mamak Puteh mahu buat laporan polis tuntut baki bayaran RM18,000
Awesome TV juga kesal apabila isu ini hangat diperkatakan sehingga menjadi perdebatan di persidangan Parlimen.
"Semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.
Amir menuntut baki bayaran untuk bantu keluarga.
"Lebih mengejutkan, isu ini turut dibawa ke Parlimen oleh Syerleena Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera) tanpa sebarang pemeriksaan dan fakta yang lebih teliti, sekali gus mengundang salah faham dan memberi gambaran yang tidak tepat," jelasnya.
Sebelum ini Amir mula bersuara menuntut bayaran tunggakan berbaki RM18,000 untuk penglibatannya dalam program di stesen televisyen berkenaan.
Mamak juga turut berkongsi masalah sama selepas lebih tiga tahun menunggu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube