DI SEBALIK pelbagai ujian yang dilalui, pelakon Anna Jobling menitipkan penghargaan buat ibunya, Ariz Arop sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada Khamis.
Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin turut mendoakan agar ibu tercinta sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna.
Anna berterima kasih kepada ibunya kerana sudah melahir dan menjaganya selama ini.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” katanya dalam satu perkongsian di Instastory miliknya.
Anna turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Anna berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk Anna melangkah ke fasa baharu ini,” ujarnya.
Sebelum ini, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
ARTIKEL BERKAITAN: Titip ucapan hari lahir, netizen panas ibu Anna Jobling tak henti buka aib anak… “Dah puas cuba rosakkan karier anak”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa Anna Jobling berubah lepas popular… “Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan macam anjing kurap”
Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Ketika dihubungi mStar, Ariz mengakui hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan tegang selain kesal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!