suria

Peguam Anna Jobling hantar surat teguran berhubung kejadian di kawasan parkir

SUSULAN insiden yang berlaku pada awal pagi Isnin, pelakon Anna Jobling menghantar surat teguran kepada ibunya iaitu Ariz Arop. 

Perkara tersebut disahkan oleh peguam mewakili Ariz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader yang menerima surat itu pada Selasa. 

Menurutnya kandungan surat berkenaan menyebut kejadian yang berlaku antara Anna dan ibunya di sebuah kawasan parkir pada awal pagi Isnin. 

Anna hantar surat teguran kepada ibunya.

“Ya, peguam Anna ada menghantar surat kepada kami. Pihak saya mewakili ibu Anna. 

“Kami telah berbincang dengan ibu Anna untuk meneliti isi kandungan surat tersebut sebelum memberi jawapan,” katanya ketika dihubungi mStar

Ariz sebelum itu memuat naik gambar pertemuan dia bersama peguam di pejabat Akberdin pada Khamis. 

Bercakap lanjut Akberdin turut memaklumkan Ariz ada membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Titip ucapan hari lahir, netizen panas ibu Anna Jobling tak henti buka aib anak… “Dah puas cuba rosakkan karier anak” 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dakwa Anna Jobling berubah lepas popular… “Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan macam anjing kurap”

“Ibu Anna yang terkunci dalam kereta itu dan dia sudah buat laporan polis,” ujarnya. 

Tambah Akberdin dakwaan kononnya ibu bersikap kasar sebelum ini adalah keterlaluan. 

Namun dia tidak menafikan Ariz ada menegur anaknya itu sebagai salah satu bentuk pengajaran. 

Isu masalah Anna dan ibunya menjadi bualan hangat netizen.

“Biasalah teguran ibu kepada anak. Tentang dakwaan ibu sepak Anna itu adalah tidak benar. 

“Dia (Ariz) selama ini banyak menegur sebab takut anaknya itu melakukan perkara tidak baik. 

“Namun dia juga faham Anna sudah dewasa dan boleh memilih jalan sendiri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain