suria

Rumah tangga Faisal Halim kembali pulih, isteri luah macam baru kahwin semalam

Faisal Halim memuat naik foto bahagia bersama isteri dan anaknya.

PERGOLAKAN rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dipercayai kembali pulih apabila dia memuat naik foto bahagia bersama isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka di media sosial.

Menerusi perkongsian di InstaStory pada pagi Jumaat, Faisal memilih lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar sambil menulis ringkas ucapan Alhamdulillah.

Foto itu memperlihatkan Faisal memeluk erat isteri dan anaknya, Khalish Aryan. 

Bagi menguatkan lagi khabar gembira itu, isterinya turut berkongsi semula foto berkenaan di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur.

Konflik rumah tangga antara Faisal dan Nur Syazwani didakwa sudah kembali pulih. 

“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

"Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam," tulisnya. 

Terdahulu mStar melaporkan Nur Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri Faisal Halim akur dipulangkan ke pangkuan ibu, dedah punca fail cerai... “Ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan”

Perkara itu turut disahkan peguam mewakili Nur Syazwani iaitu Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan tu.

Untuk rekod pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Bernama Khalish Aryan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain